|

Ubat-ubatan ‘Over The Counter’ yang selamat bagi wanita hamil

Over the Counter
Masyarakat intelek kini lebih mudah untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan hanya melalui kaunter di klinik atau di farmasi tanpa preskripsi dari doktor. Keadaan ini dikenali pengubatan kendiri atau self-medication. Bagi wanita hamil yang gemar mengambil ubat ‘over the counter’ ini, tahukah anda akan kesan ubat-ubatan tersebut terhadap kandungan anda? Secara umumnya, anda tidak digalakkan mengambil sebarang ubat ‘over the counter’ semasa hamil melainkan jika perlu.
 

Apakah maksud ‘over the counter medicine’?

Menurut Pengendali Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) dari U.S, ubat ‘over the counter’ (OTC) atau ubat – ubatan tanpa preskripsi adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi bagi merawat gejala ringan seperti demam, hidung tersumbat dan batuk. Mereka adalah selamat dan berkesan jika anda mengikut arahan pada label dan seperti yang diarahkan oleh profesional penjagaan kesihatan anda.
Gunakan ubat yang merawat masalah atau gejala yang anda alami sahaja. Minta bantuan ahli farmasi anda. Jika anda mengambil lebih daripada satu jenis ubat, beri perhatian kepada bahan aktifnya, untuk mengelakkan pengambilan bahan aktif yang sama secara berlebihan. Terdapat sesetengah  ubat ini mengandungi bahan aktif yang tertakluk di bawah kawalan Akta Racun 1951 dan boleh didapati selepas konsultasi dengan ahli farmasi. Bahan aktif tersebut dapat membantu merawat gejala tertentu dalam dos yang sesuai.
Jangan beli ubat jika bungkusan telah rosak atau telah melepasi tarikh luputnya. Tarikh luput memaklumkan anda bahawa produk itu tidak berkesan lagi jika melepasi tarikh luputnya. Beritahu doktor anda sekiranya anda mengambil ubat OTC dengan kerap. Kebanyakan ubat OTC digunakan untuk jangkamasa yang singkat sahaja.
 

6 jenis ubat-ubatan OTC yang selamat bagi wanita hamil

Antara ubat tanpa preskripsi yang selamat bagi wanita hamil adalah:
Demam dan untuk melegakan sakit 
  • Acetaminophen (Anacin Aspirin-Free, Tylenol)
  • Paracetamol
Merawat selsema dan melegakan batuk
  • Guaifenesin (Hytuss, Mucinex, Naldecon Senior EX, Robitussin)
  • Dextromethorphan (Benylin Adult, Robitussin Maximum Strength Cough, Scot-Tussin DM, Vicks 44 Cough Relief)
  • Guaifenesin plus dextromethorphan (Benylin Expectorant, Robitussin DM, Vicks 44E)
  • Cough drops
  • Vicks VapoRub
Tidak selamat untuk mengambil:
pseudoephedrine and phenylephrine dekongestan kerana boleh mengganggu peredaran darah dalam plasenta.
 
Melegakan alahan gatal atau selsema, batuk (Contoh: Antihistamin)
  • Chlorpheniramine (Chlor-Trimeton allergy tablets)
  • Loratadine  (Alavert, Claritin, Tavist ND, Triaminic Allerchews)
  • Diphenhydramine  (Banophen, Benadryl, Diphenhist, Genahist)
  • Hydrocortisone (Cortaid, Lanacort)
Pedih ulu hati, kembung perut, sakit perut
  • Antasids untuk pedih ulu hati (Maalox, Mylanta, Rolaids, Tums)
  • Simethicone untuk kembung perut (Gas-X, Maalox Anti-Gas, Mylanta Gas, Mylicon)
Menurut America Academy of Paediatrics, Cimetidine (acid reducer) sesuai untuk ibu menyusukan bayi.
 
Cirit-birit, sembelit dan buasir
Untuk sembelit: Psyllium (Konsyl-D, Metamucil, Modane Bulk, Perdiem)
                          Polycarbophil (Equalactin, Fiber-Lax, FiberNorm, Konsyl-Fiber, Mitrolan)
                          Methylcellulose (Citrucel, Unifiber)
Pelembut najis yang lain: (Colace, Dulcolax, Maltsupex, milk of magnesia)
Krim buasir (Anusol, Preparation H, Tucks)
Untuk cirit-birit: Loperamide (Imodium, Kaopectate II, Maalox Anti-Diarrheal, 
                            Pepto Diarrhea Control)
 
Jangkitan kulat dan jangkitan yis
  • Clotrimazole (Cruex, Gyne-Lotrimin 3, Lotrimin AF, Mycelex 7)
  • Miconazole (Desenex, Femizol-M, Micatin, Monistat 3)
  • Terbinafine (Lamisil AT)
  • Tioconazole (Monistat 1, Vagistat 1)
  • Butoconazole (Femstat 3, Mycelex 3)
  • Butenafine (Lotrimin Ultra)
  • Tolnaftate (Absorbine Athlete’s Foot Cream, Absorbine Footcare, Genaspor, Tinactin)
  • Undecylenic Acid (Cruex, Desenex, Fungi Cure, Tinacide)
Kesimpulannya, ubat OTC ini boleh didapati dan selamat digunakan oleh wanita hamil terutamanya jika penggunaan ubatan tersebut adalah betul dan seperti yang diarahkan pada label. Sejajar dengan kemajuan siber, kini anda boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat yang lebih lanjut mengenai ubat-ubatan anda. 

Pastikan anda mengikuti kami di Facebook untuk mengikuti artikel-artikel terkini dari Pregnant.my

Comments on the Article